Tuesday, June 19, 2012

The New Life Begins


Assalamualaikum!! Haiep!! *lelompat sambil menjerit kuat kuat* Nampak x betapa xdewasanya aku ni, lepas bagi salam bukan kata nak bagi kuliah pagi ke, tazkirah ringkas ke, apa ke, x ustazah pilihan sangat, terus melompat bagai, macam orang da kena sawan Pontianak da aku ni.

CFSIIUM yang tercinta, sangat!! bila laa aku nak pi Gombak. T__T
Haaaaa!!! My new semester begins now!! Starting from today, aku da jadi senior da, highlightkan sekali lagi, SENIOR, kasi nampak sikit bahawasanya aku ni senior. Maknanya sem ni aku da ada junior laa yang comel comel macam Elfira Loy semua. Junior lelaki pulak aku belum sempat usha lagi, katanya semua handsome handsome macam abg Vanilla Coklat kita, Aiman Hakim Ridza, ni yang membuatkan semangat aku nak start belajar berkobar-kobar didada, membara macam api dekat campfire ni. *pang!!* tampar diri sendiri, sebab jauh sangat melalut. *nangis!!! Meraung-raung. Bagitahu mak aku! Huwaaaaaa!* over Nor Ain Elias. Kemain lagi aku story mory pasal dak dak junior. 

Sem ni jadual aku sangat laa xpack, got only 3 subjects to deal with. Graphic Communication 1(GC1), Introduction to Build Environment (IBE) and Basic Theme Al-Quran (BTQ). Tapi subject GC1 tu quite susah laa, sebab kena lukis lukis, conteng conteng, warna warna, ala macam yang kita belajar dekat tadika dulu. Tapi kalau bagi orang yang berbakat dalam seni, memang senang laa bagi dia, sambil makan popcorn je dia boleh buat, sebelah tangan makan popcorn, sebelah lagi buat GC1, euwww, makan pakai tangan kiri yang baru lepas keluar toilet sebab sakit perut makan tomyam CikAni yang basi. Eeeeeeuuuuwwww. Loglat. Tapi kalo macam aku ni, melukis sambil meraung laa jawab dia. Tapi untung aku agak untung laa sebab aku dapat Bro *panggilan tuk lecturer bebudak AED* yang agak sempoi plus coolblog plus single trang teng teng teng. Haaa, single tu yang penting sebenarnya, hikhikhik, kegedikan kuasa dua juta kali lima puloh aku ni. Hahaha. 
First class aku untuk sem ni, sempat lagi bergambo. hehehe

Sem ni aku dah tekad dah aku nak dapat Dean List (DL) macam sem 1 dulu, sebenarnya nak cakap yang sem 1 aku dapat DL, xboleh blaa sangat aku ni. *boooooooo* tapi kan, *mood sedih macam baru clash* sem 2 aku xdapat DL laa. Like seriously, aku banyak main, tengok movie and stucked dengan Twitter, akibatnya aku xdapat DL. Maka lepas tengok result, hati aku hancur luluh ibarat ditusuk dengan duri sembilu. Geli aku bila baca balik, ayat puitis plus dramatis bagai, da macam kak Izzah Ombak Rindu plak. *euuwwww* Dikala ini aku nak cakap bahawasanya micro blog and social network macam twitter and facebook memang laa xbagus untuk kesihatan minda, akal dan usus anda.

Dah, malas dah aku nak menulis panjang panjang. Dulu kemain lagi aku ni, orang ada blog, aku nak buat blog, bila dah buat, kemain liat lagi update blog. Dah usang dah blog aku ni. Haish Nor Ain Elias ni. Btw, bubbye!! Keep on supporting me! >____<